Khamis, 7 Jun 2012

PEMBUNGKUSAN / PACKAGING



Maksud Pembungkusan
Pembungkusan ialah sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.

Sejarah Pembungkusan
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdadangan yang penting.

Fungsi Pembungkusan
i)        Melindungi barangan dari segi fizikal
ii)      Menjamin kualiti barangan
iii)    Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
iv)    Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
v)      Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan

Ciri-ciri pembungkus
1.      Hasil makanan:
i)        Keterangan tentang ramuan
ii)      Jenama
iii)    Gambar hasil
iv)    Berat bersih kandungan
v)      Tarikh luput makanan
vi)    Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat hasil
vii)  Harga barangan
2.      Bukan makanan:
i)        Senarai bahan
ii)      Keterangan tentang cara penggunaan dan pemeliharaannya
iii)    Berat bersih kandungan
iv)    Tarikh buatan dan tarikh luput (jika mengandungi bahan kimia)
v)      Jenama dan ilustrasi (jika perlu)
vi)    Amaran jika bahan mengandungi racun
vii)  Logo, nama syarikat dan alamat pembuat barangan

Jenis pembungkusan
i)        Barangan lembut atau serbuk
ii)      Barangan keras
iii)    Barangan cecair
iv)    Barangan bantuk krim atau pelekat

Kriteria penting dalam pembungkusan
i)        Warna
ii)      Ilustrasi
iii)    Muka taip (tipografi)
iv)    Penerangan
v)      Logo syarikat, nama dan alamat
vi)    Bentuk bungkusa
vii)  Reka letak

Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, confectionery, hadiah,cecarir, ubat-ubatan, proses pemindahan, pameran dan lain-lain. Bahan yang digunakan sebagi pembungkusan antaranya seperti carbon board, corrugated cardboard, plastic, multimaterial dan waterproof board.
“Packaging design will always need to satisfy a range of objectives, both practical and conceptual. Packaging share the same fundamental purpose, they are significantly different due to the character of their respective products. Both packages are designed to contain and protect, yet they vary greatly in appearance, texture, graphic, shape, cost and structure”.
                                                                        Edward Denison & Richard Cawthray

Packaging is a specialized area of that graphic design profession. Package designers must be  knowledgeable about a range of construction and technical factors. They must be familiar with manufacturing, safety, display, recycling and packaging regulations as well printing.
Robin Landa

Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah:
·         Reka bentuk
·         Reka letak (taipografi)
·         Warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barang produk.
·         Logo halal
·         Due Date
·         Customer Support Line
·         Motto
·         Tema
·         Nama Produk
·         Isi kandungan

Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila diletakkan di atas ruang pameran untuk jualan ianya secara tidak langsung bersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain diseblahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas, bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan di pasaran. Objektif utama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah pembungkusan antaranya:

·         Menjadikan ia boleh berfungsi
·         Mengkaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
·         Memahami konsep guna semula atau kitar semula
·         Tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2D atau 3D.
·         Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap bahagian pembungkusan
·         Mereka bentuk pembungkusan supaya ianya nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya juga
·         Membuat kajian bungkusan jenama lain
·         Penggunaan warna yang sesuai
·         Kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan
·         To ensure legibility and clarity
·         To consider it will be seen multiples when on display

Bagi mereka yang mahir dengan perisian Adobe Photoshop atau Adobe Ilustrator  - langlah pertama yang perlu dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder yang sedia ada. Jika tidak, lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage.

Menurut Adduci & Keller (2008) terdapat empat criteria utama bagi sesebuah pembungkusan itu berjaya antaranya :
i)        Indentify
Identify merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asa kepada mereka bentuk bungkusan.

ii)      Functionality
Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi . Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat yang keinginan mereka untuk membeli

iii)    Personality
Personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang di reka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik, serta memberi impak tatkala melihat kali pertama dan berfungsi dengan baik? Maksudnya yang mudah ialah berjayakah reka bentuk pembungkusan mempengaruhi cita rasa pengguna untuk membeli?
Pada tahap ini, konsisten (kekerapan membeli) dalam mempenagruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang utama.Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai

iv)    Navigation
Navigation merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari di mana memperolehi  produk yang dijual. Faktor ini sama seperti faktor identification, yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada :
·         Taipografi
·         Warna
·         Pattern
·         Huruf
·         Rupa

We package because we need to : how we package is up to each of us. Asking the “how” and “why” questions are good starting points for any packaging process.
Adducci & Keller

Ternyata bahawa keempat-empat faktor yang dinyatakan di atas dapat membantu pereka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusa yang baik, sesuai, menarik dan berkesan.


CONTOH:-














5 ulasan: