Khamis, 7 Jun 2012

APA ITU GRAFIK




Grafik (berasal dari perkataan Greek  merupakan persembahan visualyang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, dan papan Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

,           Dalam buku yang berjudul ‘Bitmap & Vektor Tugasan Reka Bentuk Grafik yang dihasilkan oleh Dr Ridzuan Hussin menjelaskan bahawa grafik adalah proses yang berterusan dimana iannya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer)

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphics dan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

Landa (1996) memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara utama ialah berfikir sebagai seorang pereka bentuk.
Di antara langkah-langkah yang dicadangkan oleh beliau ialah :
i)        Restart the problem in your own words
ii)      Do any research that needs to be done
iii)     Think with your pencil or mouse in your hand
iv)    Choose your three best thumbnail sketches and turn them into rough and
v)     Choose your best rough and turn it into a comp.




KEPENTINGAN GRAFIK

       Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.
Ada dua fail yang utama dalam reka bentuk grafik :
A.   Bitmap (bitmap)
Bitmap dikenali dengan rupatitik (a grid of dot) yang sangat kecil sama ada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixels (zero or one). BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail ini.
B.    Vektor
Vektor berfungsi sama ada boleh dibesarkan atau dikecilkan, dilukiskan semula, atau apa saja tanpa merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometrik, organik yang berlandaskan (mathematical equations) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana fail verktor bergerak bebas. Format grafik yang kerap digunakan antaranya ialah:

i)          JPEG (Joint Photographic Expert Group)
Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.
Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
            ii)         EPSF (Encapsulated PostScript File)
File ini merupakan satu imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya yang membenarkan data PostScript  disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka sama ada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain.
iii)        RIP (Raster Images Processor)
Satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percentakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.
iv)        TIFF (Tagged Images Processor)
TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.
v)         PICT
PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.
vi)        WMF (Windows Metafile Format)

Format ini digunakan bersama-sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.


JENIS-JENIS GRAFIK

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.

i)                    Fotograf (Gambar Foto)
Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
ii)                  Lukisan
Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.
iii)                 Kartun
Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah aplikasi.
iv)                Diagram
Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu seperti mana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili seperti mana gambar jantung yang sebenar.
v)                 Graf/Carta
Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.



PERISIAN-PERISIAN GRAFIK

        Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Namun adalakanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :
·         Microsoft Paint atau Paint Brush
·         Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
·         Corel Draw
·         Painter 3D
·         Macromedia Freehand
·         Micrograft Designer
·         Autucad



REKA BENTUK GRAFIK
Reka Bentuk Grafik adalah sejumlah artistik yang merangkumi bidang-bidang profesional komunikasi visual dan penyampaian, termasuk penggunaan tipografi dan gambaran fotografik. Ia mengatasi sekatan bahasa dengan memahami simbol yang membawa makna tersendiri. Pelbagai kaedah digunakan untuk mewujudkan dan menggabungkan simbol, imej dan / atau perkataan bagi mewujudkan satu gambaran visual idea dan mesej. Reka bentuk grafik kebiasaannya diguna dalam pembikinan majalah, iklan, pembungkusan produk dan reka bentuk web.
 PRINSIP REKA BENTUK GRAFIK
Untuk menjadikan visual grafik menarik, elemen-elemen yang harus diketahui ialah :
i)        Simplisiti
ii)       Dominan
iii)     Pola
iv)     Seimbang
v)       Variasi
vi)     Harmoni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan