Jumaat, 12 November 2010

BERSEDIA UNTUK MENJAWAB

1 Petrus 3.13-22
hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki... lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat.
-1 Petrus 3.15-16...

RENUNGKANLAH KISAH INI
Lee Eclov dan isterinya berada di sebuah kedai kopi di Estes Park, Colorado. Di meja yang lain ada 4 0rg lelaki, dan salah seorang daripada mereka mengejek agama Kristian dan kebangkitan Yesus.
Lee merasakan bahawa Tuhan menyuruh dia untuk bertindak balas. Tetapi ketakutannya menjadi penghalang. Akhirnya dia tahu bahawa dia mesti menyuarakan pendiriannya. oleh itu dia pergi ke meja kumpulan lelaki itu dan mula memberikan bukti kebangkitan Yesus dari segi sejarah.
Bagaimanakah kita menjawab sekiranya kita dalam keadaan yang sama? Rasul Petrus menggalakkan para pembacanya supaya bertekad dalam mempertahankan Yesus, terutamanya menghadapi suatu penganiayaan yang dasyat. Komitmen ini bermaksud seseorang itu tidak berdiam diri apabila keadaan pada masa itu amat sesuai untuk mempertahankan iman mereka. Dia berkata, 'Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukan hal itu dengan lemah lembut dan hormat.' (1Petrus 3.15-16). Mereka perlu mengenal Firman Tuhan sebagai persediaan untuk menjawab. Mereka harus menjawab dengan kelembutan ilahi dan hormat, supaya pengianaya mereka akan berasa malu akan kelakuan mereka sendiri.
Jika Lee Eclov telah mendiam diri atau menjawab dengan tidak sopan, penyelamatan Kristus yang mulia akan tercemar. Kemudian Lee menulis, 'Tuhan mempunyai caranya tersendiri untuk mengeluarkan kita dari kawasan yang selesa. Apabila Dia membuat demikian, kita mesti bersedia untuk bersaksi tentang Dia.' - Marvin Williams.

Apabila orang bertanya-tanya tentang iman kita,
Apakah jawapan yang kita berikan?
Kita akan memberitahukan Yesus yang menanggung dosa kita
Dan dia menunjukkan cara hidup kepada kita. - FIZHUGH..


Renungkanlah coretan ini...Amen.