Rabu, 6 Jun 2012

POSTER


POSTER direka bentuk sama ada bentuk 2-Dimensi atau campuran dengan 3-Dimensi objek. Format kertas single-page di letakan ditempat orang ramai yang mudah untuk dibaca dan dilihat dengan cara digantung atau ditampal, yang bertujuan untuk mempamerkan atau mempromosikan item-item seperti maklumat hiburan, ,data, jadual atau tawaran, aktiviti pameran, pertandingan,jualan murah, tempat, produk baru,syarikat kewangan, khidmat pelanggan dan organisasi.

' A poster may be designed with just typography or with a combination of type and visuals. The
visuals may be abstract, pictographic, symbolic, illustrative, graphic or there may be a fusion of type and visuals. Designing a poster is a challenge in terms of both design principles and message
communication.
Landa Robin

Munari (2008) melihat dan menilai, keberkesanan sebuah poster itu merujuk kepada bagaimana tumpuan mata seseorang apabila melihat poster, dengan kata lain 'a poster should hit u in the eye'. Walaubagaimanapun, sebuah poster yang baik memerlukan elemen lain seperti penggunaan warna, pelbagai rupa, bentuk dan teks, maklumat yang hendak disampaikan, komposisi, saiz dan kadang-kadang poster yang ringkas saja dapat memberi impak yang tinggi kepada audien yang melihatnya. Oleh itu, penilaian terhadap poster adalah berasaskan kriteria-kriteria yang agak subjektif dan tidak terhad ( muktamad ) dimana, ianya boleh diubahsuai dan dilakukan penambahbaikan.

APAKAH TUJUAN UTAMA POSTER??

Peranan atau tujuan utama yang dimainkan oleh poster kerapkali dikaitkan dengan penggunaan iklan di tempat awam. Samaada promosi barang atau produk keluar baru, aktiviti yang akan dijalankandan pelbagai macam matlamat oleh pihak pengeluaran barangan dan syarikat perniagaan. Kesannya semata-mata dapat dilihat dapat meningkatkan penjualan, menjadi lebih kukuh dan dikenali serta dapat menyakinkan pengguna kepada produk dan khidmat yang diperkenalkan. Antara langkah-langkah atau proses yang dilakukan untuk membuat poster ialah :-

i. tema atau tajuk serta isu yany diberi.
ii. sampel atau target pengguna ( dari segi umur, jantina, pendapatan, lokasi, atau akademik )
iii. saiz (A3,A2,A1,A0) yang diperlukan atau (custom size) persoalannya adakah saiz yang besar akan memberi impak yang lebih besar atau yang lebih kecil.
iv. media ( kering, basah, hibrik atau digital ) digital- dengan menggunakan adobe photoshop dan adobe illustrator. Perlu diingat berhubungan dengan perbezaan diantara file bitmap dan file vector.
v. Komposisi ( landscape atau potrait ), 2-dimensi atau 3 dimensi, perletakkan teks dan imej pada kedudukannya.
vi. penggunaan Asas SeniReka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan dan pengetahuan serta pengetahuan berhubung pendekatan seni dan grafik.

          
Gambar contoh.
GAMBAR 1


GAMBAR 2




1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan